Biasanya gelaran cap ayam digunapakai untuk melambangkan mutu kualiti yang lemah..
tanggal 13 / 4 / 2013 aku menjejakkan kaki aku ke mossy forest mount IRAU 2110m.a
permulaan perjalanan agaklah cap ayam.. dengan mutu komunikasi dengan pihak penganjur yang sangat lemah , aku menyabarkan diri untuk mengikuti group ini dengan alasan sebab ada didiey je. didiey merupakan sahabat aku yang berkongsi minat mendaki.
kacakkan didiey, tapi dia dah bertunang dah nak kahwin da pun..
ok aku pun malas nak tulis panjang-panjang sebab aku dah mula bosan nak taip.. jadi aku ceritakan cerita aku dengan picture - picture that have been taken on that day.
subuh : berhenti di masjid brinchang untuk bersiap-siap dan menunaikan apa yang patut
dalam lebih kurang 9.00am laa kita orang sampai di kaki gunung irau.. dan bermain-main dulu situ.. kencing bagai n so on laa..
cuba untuk mengeluarkan asap di mulut..
ok, for those yang tak tau mossy forest ni apa, mossy forest bermaksud hutan berlumut yang hanya tumbuh di persekitaran yang tinggi. hutan ini kalau kita tengok dalam movie, ada dalam movie lord of the ring.
jangan tertipu dengan persekitaran yang lapang di dalam mossy forest ini kerana di dalam ini wujud 1001 perangkap yang tidak disangka. what I mean about the trap is not like trap that can be killed the people.
the trap is there....
kalau kita tengok route ni , ia seperti laluan yang rata dan mudah dan sangat senang hendak di lalui.
tapi sebenarnya jika anda melalui laluan rata tersebut bersiap sedialah untuk mengalami kekotoran lumpur dan menyelami perasaan tenggelam ke dalam lumpur. :)
yess.. laluan yang rata itu sebenarnya merupakan tanah lembap yang berlumpur , di mana jika kita memijak tanah tersebut kita akan tenggelam ke dalam lumpur..
untuk melalui lalauan ini hendaklah memijak akar-akar yang berada di sekeliling dan memegang dahan di persekitaran supaya jika terpijak di tanah lumpur tidaklah kita tenggelam sangat.. :)
apa yang anda lihat ini ialah laluan ke puncak irau.
another trap in this mossy forest is the route itself. yupp.. laluannye tidaklah susah tetapi kadang-kadang laluannya dihalang oleh pokok-pokok yang besar. bagi a beginner atau pendaki yang ingin mendaki tanpa orang yang berpengalaman atau guide, be careful with your steps.
my advice.. elakkan ke irau berseorangan.
ok2.. malas nak tulis lagi.. enjoy the pic
suka didiey jadi gollum
kenapa didiey kelihatan sukar untuk berjalan di kawasan yang lapang ? ia kerana didiey cuba untuk mengelak dari terpijak tanah berlumpur dan hanya memijak akar pokok untuk melintasi kawasan tanah berlumpur ini.
antara wallpaper yang menarik berjaya ditangkap :P
oh lupa nak habaq, sebelum sampai ke puncak irau , anda akan samapi ke anak irau dulu, kira bila dah sampai ke anak irau ni , anda dah separuh perjalan untuk sampai ke puncak. bagi stended2 pendaki lepak tenang macam saya untuk sampai ke puncak dari anak irau memerlukan masa lebih kurang 1 jam laa..
anak irau juga dikenali sebagai mini irau
perjalanan dari anak irau ke puncak irau boleh dikatakan agak tenang dan kurang kesusahan
akhirnya :)
pasangan suami isteri yang bersama mendaki.. so sweet tengok diaorang. how i wish oneday i will be hiking togehter with my wife like them.. :)
satu-satunya view di puncak
satu-satunya view belakang hero... arghh nampak jari didiey pulak!!
ada orang kata aku macam airiel peterpan huh!
haa.. sebenarnya aku hiking dengan satu group ni.. untuk menunjukkan tanda hormat aku cuma berdiri tegak sambil bermain rambut semasa gambar ini diambil..
p/s : last aku join grop ni.. lenkali nak cari cap yang bagus sikit lak..!!






















No comments:
Post a Comment